Navigations
+Follow Instagram Twitter Dashboard
The little symphonies of life
A personal blog by nana ♥
Home

Goodluck
 
Saturday 26 April 2014 

Assalamualaikum dan selamat malam . 

Sungguh minggu depan adalah minggu yang menakutkan buat diri aku dan rakan seperjuangan aku . Minggu yang boleh membuat aku stress . Minggu minggu akhir untuk semester dua sebelum melangkah ke semester tiga . Sebegitu cepat masa berlalu . Rasanya seperti baru semalam mengenal apa itu organic chemistry , apa itu microbiology , apa itu pharmacology , apa itu dan apa ini . 

Hakikatnya , aku tak boleh nak lari daripada kenyataan yang aku akan menduduki final exam minggu hadapan . Ya , aku takut . Ya , aku tak yakin . Ya , aku tak kuat . Sebab bermacam yang bermain dalam fikiran aku . Adakah aku akan resit paper untuk semester kali ini sehingga dua kali ? Dan aku berharap tidak kerana aku tak sanggup . Dan aku tak membazir ke arah itu . Dan aku nak membuat ibu ayah tersenyum kali ini dengan keputusan semester dua aku dan seterusnya . 

Tidak banyak yang aku mampu katakan , hanya meletakkan usaha yang setinggi gunung . Du'a tanpa putus dan tawakkal . Tak kisahlah apa pun yang rancak bermain di benak hati aku , aku harapkan aku mampu buat . Bukan sahaja aku , malah kawan kawan sekelas aku (( Cohort 17 )) .

" Goodluck semuanya . Buat yang terbaik . Buat ibu bapa kita tersenyum dengan keputusan kita . InsyaAllah " 

Salam sayang , 
nana .



Labels:



Copyright ©.Layout by:Evangelista. Navigation thingy by Wanaseoby . All rights reserved.