Hilang

Assalamualaikum semua . Alhamdulillah Allah masih kesempatan buat diri ini untuk meluahkan segala isi hati disini . Bukan tidak ada rasa ingin menjengah blog ini , tetapi kesibukkan yang sentiasa melanda diri ini . Kesibukkan menyiapkan segala assigment , kesibukkan mengulangkaji , kesibukkan membuat rehersal untuk formal event yang dilakukan dalam beberapa minggu sahaja lagi . Tujuan meng - update blog pada malam yang cukup dingin ini , bukan untuk bercerita tentang kesibukkan diri ini . Tetapi lebih kepada rasa ingin meluahkan * pause sekejap *

Aku cuba untuk kelihatan kuat di hadapan semua orang , aku cuba untuk kelihatan tersenyum di hadapan orang orang yang aku sayang , aku cuba untuk kelihatan gembira di hadapan musuh musuh aku . Tapi hakikatnya , Allah lebih tahu apa yang bermain dalam hati aku . Bagaimana sakitnya untuk aku lakukan semua itu . Bagaimana payahnya untuk aku berkelakuan baik sahaja di hadapan mereka . Aku tahu aku bukan lah Badang yang boleh mempertahankan diri . Aku bukanlah Superwoman yang sentiasa kelihatan gagah dalam apa jua keadaan . Tetapi aku hanyalah hamba Allah yang lemah -- manusia biasa
Berbagai cara untuk yakinkan kepada semua oang yang aku tidak akan menangis lagi . Aku cuba buktikan kepada semua orang yang aku mampu menangani masalah aku tanpa air mata . Aku cuba buktikan , aku cuba . Tapi Allah tahu yang aku tidak mampu lakukan semua itu . Aku memerlukan kawan , aku memerlukan sokongan , aku memerlukan semangat yang boleh membuat aku bangkit . Sebab Allah tahu aku tak boleh tempuh semua ini seorang diri .

Dulu , jika aku punya masalah
Pasti akan ada yang hadir meminjamkan bahu dan mengesat air mata aku . Tapi kini aku hilang semua itu .
Adakah kerna aku tak pandai menghargai dia ? Adakah semua ini silap aku ? Adakah aku lah penyebab yang dia pergi ? Demi Allah , aku tak pernah mintak ini semua . Aku masih memerlukan dia .
Bila dia menjauh daripada hidup aku , aku terasa kehilangan yang amat mendalam . Siapa sangka orang yang aku anggap dunia akhirat pergi sebegitu sahaja . Andai itu yang tertulis buat diri aku , doa yang mampu lakukan supaya dia bahagia dengan orang yang telah berjaya membuat dia berasa selesa .
Hanya satu , maafkan diri .
Labels:

