Navigations
+Follow Instagram Twitter Dashboard
The little symphonies of life
A personal blog by nana ♥
Home

Throwback
 
Tuesday 7 January 2014 

Assalamualaikum dan selamat petang semua .

Fisrt word yang aku boleh cakap di petang hari macam ni adalah PENAT . Penat adalah mungkin perkara normal bagi students atau workers macam engkorang . Tapi TIDAK pada aku . Pelik bukan aku ini ? Teramatlah pelik sebenarnya . Muahahahahahahahaha*gelak sampai putus anak tekak* 

Niat di hati sebenarnya nak share dengan engkorang pengalaman aku posting di KPJ Johor Specialist selama dua minggu . Dua minggu okay , bukan dua hari , bukan dua jam , bukan dua minit dan bukan dua saat . 




Dan inilah wajah wajah ceria di hari pertama posting . Belum sampai hospital , dah ber - selfie depan rumah yang kita orang menginap . Amboi comel bukan wajah wajah kami ini*hulur gayung* . Perasaan yang bermain dalam hati ini bermacam macam . Takut ada , suka ada , gementar ada , excited melampau lampau tahap kalah budak kecik pun ada . Perasaan takut muncul sebab takut staff hospital kat situ tak mesra alam dengan students baru macam aku ni . Maklumlah ilmu belum cukup di dada . 

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke hospital yang tersergam indah dan sedikit menyeramkan tu , perasaan excited mula bertandang dalam hati . Hanya Allah tau betapa terujanya aku ketika itu . Gaya macam tak pernah masuk hospital , padahal selalu je . Students macam aku ni mulalah jakun , mata pun melilau tengok keadaan sekeliling . Orang baru nak mula kerjakan . So adalah kejakunannya di situ . Ihiks .

Mungkin engkorang fikir " Alaaaa kerja kat hospital je pun , ikut office hour . Kerja goyang kaki je dalam office . Apa susah " . Hah , meh sini rasa apa kita orang rasa masa tu . Turun naik tangga , pergi store , pergi hantar ubat kat ward , amik prescriptions kat kaunter , hantar barang kat tingkat dua . Bukan mudah weyy nak jadi pharmacist ni . Tanggungjawab banyak . Hati kena banyak kental . Kalau tak , lupakan je lah hasrat engko nak jadi pharmacist . Jangan pandang rendah atau fikir kerja sebagai pharmacist ni senang . Aku ulang balik , BUKAN MUDAH okay !

Alhamdulillah dengan bantuan staff yang baik & mesra alam , students yang masih fresh dan kosong tanpa pengalaman . Terima kasih semua . Panjang umur kita jumpa lagi dan bekerja di bawah satu department . InsyaAllah :)

p/s : Ini merupakaan throwback . Terima kasih :)

Salam sayang , 
Nana 


Labels:



Copyright ©.Layout by:Evangelista. Navigation thingy by Wanaseoby . All rights reserved.