Navigations
+Follow Instagram Twitter Dashboard
The little symphonies of life
A personal blog by nana ♥
Home

Kerinduan
 
Sunday 5 January 2014 

Assalamualaikum and hello people xx

Entah kenapa tiba tiba perasaan rindu bertandang dalam hati ni ? Rindu dekat siapa siapa ? Kenapa merindui ? Dah puas memaksa hati ini supaya tak merindui , tapi apakah daya ? Hati tetap nak merindui hamba hamba Allah itu . Rasa macam nak putarkan balik masa dulu dulu . Dan aku berharap aku boleh buat . Umph ;(



Siapa yang aku merindui saat saat ini ? Ya , mereka mereka yang terpampang dalam gambar ini . Sangat merindui mereka . Hamba Allah yang buat ketawa masa aku bersedih . Hamba Allah yang memberi sokongan dan dorongan bila aku tengah rasa down gila gila . Hamba Allah yang menyanyi di telefon bila aku tak suka lagu tu . Hamba Allah yang setia mendengar cerita suka duka aku . Rasa nak menitik air mata ni bila teringat kenangan kenangan bersama mereka . Ya Allah ;(










Dulu pergi mana mana , mesti berlapan . Tak kisah mana mana pun . Ke Kuala Lumpur , Ke Seremban , Ke Port Dickson , ke mana sahaja . Always together . Sumpah aku rindu kita yang dulu . Yang lelaki lelaki menjadi protection untuk yang perempuan perempuan . Rindu nak bergurau dengan engkorang . Rindu nak menangis kat engkorang . Rindu nak makan dengan engkorang . Rindu prank engkorang masa birthday engkorang . Rindu nak dengar nasihat engkorang . Rindu segalanya tentang engkorang . Tapi entah bila itu semua akan kembali atau itu hanya tinggal kenangan selamanya ? Aku harap kenangan kenangan itu semua akan kembali semula , walaupun ia mengambil masa yang lama . 

Rasa nak menangis bila masing masing dah bawak haluan . Rasa nak menangis bila ada yang care pasal aku dalam diam . Rasa nak menangis bila aku tanya khabar engkorang kat orang lain . Sumpah , aku nak menangis . Aku tahu tak ada siapa pinta untuk jadi macam ni . Aku tahu tak ada siapa nak berpecah macam ni . Aku tahu pasti ada terselit perasaan rindu dalam hati engkorang . Ya Allah , aku rindu sangat dengan engkorang . Aku ulang lagi sekali AKU RINDU ENGKORANG ! Hanya Allah tahu betapa aku rindu nak peluk engkorang . Betapa aku rindu KITA yang dulu*menangis bawah bantal* .



Dan aku tak tau nak ungkapkan macam mana lagi . Hanya berdoa yang aku mampu buat sekarang ini . Moga moga kenangan kita dulu masih segar dalam ingatan engkorang . NILAI adalah bukti kita pernah mencipta kenangan bersama . Tempat tempat yang kita pernah overnight dulu adalah BUKTI kita tinggalkan kenangan . Tak kisahlah kalau engkorang tak nak ingat semua tu . Tapi aku akan sentiasa ingati semua tu . Maafkan aku untuk semuanya . Harap kita bersama suatu hari nanti dengan semua budak COHORT 17 . Amin :)


Salam rindu , 
Nana 




Labels:



Copyright ©.Layout by:Evangelista. Navigation thingy by Wanaseoby . All rights reserved.