Navigations
+Follow Instagram Twitter Dashboard
The little symphonies of life
A personal blog by nana ♥
Home

Happy sunday ppl xx
 
Sunday 20 October 2013 

Assalamualaikum and hi ppl xx 

So ini adalah post pertama aku daripada rumah kedua aku , Kolej Ilmu PNB . Sepanjang aku berada di kolej , aku tak pernah update apa apa post atau luahkan isi hati aku disini . Jadi serba sikit ada rasa teruja dan mohon terharu ya wahai blog tercinta . Ihiks .

Tak ada yang istimewa sangat kat Kolej Ilmu PNB ini . Dan aku langsung tak ada rasa teruja bila aku menjejakkan kaki aku kat sini . Sebab apa ? Sebab kesayangan  aku kat dalam rumah ini , semuanya pulang ke kampung halaman . Hmm hmm*menangis tepi almari* . Jadi yang tinggal dalam rmah ini , cuma orang yang tak berapa aku kenal . Sedih bukan ? Tapi perasaan terharu muncul setelah aku nampak muka dua orang kesayangan aku datang menerpa jumpa aku . Walaupun dah tak satu rumah dan satu bilik . Tetapi layanan mereka kepada aku tetap sama seperti dulu . Ya Allah , rasa menangis je depan kesayangan dua orang tu  . 

Tak ada apa nak dibuat lepas memunggah barang masuk dalam loker . Sebenarnya bukan loker , tapi almari . Aku bosan . Aku mengantuk . Aku rasa nak lelapkan mata . Tapi aku tak boleh buat semua tu . Mata aku masih segar dan begitu juga otak aku yang ligat mengingati segala kenangan yang dulu . Parahnya hidup aku ! Nasiblah ada si kyra yang menemani aku walaupun hanya untuk seketika . Itu dah cukup untuk hilangkan kebosanan aku kat sini . Dan terima kasih kepada abang sebab bagi aku pinjam laptop dia untuk menceriakan hari hari aku selepas ini . 
Terima kasih sekali lagi xx

Akhir kalam , aku berhenti sampai disini dulu . Bila ada kelapangan , aku akan update lagi . Bye xx



Labels:



Copyright ©.Layout by:Evangelista. Navigation thingy by Wanaseoby . All rights reserved.