Navigations
+Follow Instagram Twitter Dashboard
The little symphonies of life
A personal blog by nana ♥
Home

Awkward is my problem
 
Sunday 20 October 2013 

Assalamualaikum and hello ppl xx .
So ini merupakan post kedua daripada apartment yang terceruk di tengah hutan . Hebat bukan ? Rasa bangga sekejap sebab aku rajin nak update blog yang seberapa indah seperti keadaan di sini . Ya , tak berapa indah . Tapi aku gigihkan tangan untuk menaip . 

Bosan .
Engko tau apa itu bosan ? Bosan adalah sejenis penyakit yang akan datang bila engko tak tau nak buat apa dan bila engko bersendirian . Itu adalah bosan . Dan aku sedang alami itu . Hanya Tuhan yang tau betapa bosannya aku disini tanpa sebarang aktiviti yang menarik . Apa yang aku mampu adalah mengadap laptop dan buat research tentang cara cara nak hilangkan rasa awkward , nervous , dan seangkatan dengannya . 

Mesti engko tertanya tanya kenapa aku awkward ? Kenapa aku nervous ? Kenapa aku takut ? Hmm aku sendiri tak tau sebabnya apa . Ia telah muncul sejak azali lagi . Senang cerita sejak aku dilahirkan . Sebenarnya aku tak minta untuk ada perasaan sebegitu . Sejujurnya tidak pernah . Tapi dah takdir . Apa aku boleh buat , hanya layankan je perasaan tu .

KENAPA AKU TAK UBAH PERASAAN ITU ?

Bukannya aku tak pernah ubah perasaan itu . Dah pernah ubah dan cuba untuk hilangkan . Tapi ia tetap ada . Dengan bermacam cara aku buat . Ia hanya menjadi untuk beberapa minit sahaja . Sedih bukan ? Aku nak perasaan itu terus lenyap daripada diri aku . Supaya aku tak perlu fikirkan apa yang bakal orang katakan . Tak perlu fikir apa soalan dan topik yang akan menjadi perbualan orang sekeliling aku . Dan aku tak perlu fikir apa jawapan atau feedback kepada soalan soalan atau perbualan orang sekeliling aku . Ya , tak perlu fikir itu semua .

So akhir kalam , ini sahaja aku mampu luahkan . Ini sahaja yang sering kali menjadi masalah aku . Sekian xx


Labels:



Copyright ©.Layout by:Evangelista. Navigation thingy by Wanaseoby . All rights reserved.