Navigations
+Follow Instagram Twitter Dashboard
The little symphonies of life
A personal blog by nana ♥
Home

Again --"
 
Friday, 23 December 2011 

Assalamualaikum , HAI and hello my sunshines :)
Tadi hujan kan ? Oh , best gila main hujan dengan adik kita . Ibu kita tuh lah . Suruh layan kepala otak dia . Tunggu masa nak demam jea lah jawabnya . Okay , thank you :> Kita bukan nak cerita pasal hujan-hujan berbagai nih . Tapi kita cerita nak pasal Hamba Allah yang tak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada . Then tak boleh nak terima kekurangan yang ada pada diri dia . Then , sesuka hati dia nak judge orang yang ada kelebihan lebih daripada dia . Bila dah timbul sifat dengki , mulalah nak buat cerita tak tentu pasal kan ? Oh , sengalnya Hamba Allah yang macam nih . Lebih baik tak payah hidup kalau tak boleh terima kekurangan diri .

Okay , manusia macam kau patut nya duduk diam-diam jea kat rumah . Kau nih tak takut dosa kea ? Kau buat cerita sana , kau buat cerita sini . Tak cukup dengan tuh , kau buruk-burukkan orang sana , kau buruk-burukkan orang sini . Eh ? Kau tak ada kerja sangat kea ? Kau nih jealous tak bertempat tao . Orang cantik sikit daripada kau , mulalah kau cari agenda nak malukan orang tuh . Tak cukup dengan tuh , kau jaja pulok nama orang tuh kesana kesini . Dah macam usung mayat kesana sini pulok --' Serius weyy , kau dah malukan ramai orang . Aku kalau jumpa kau , aku terus sepak muka kau . Tak payah nak bincang-bincang lagi , slow-talk berbagai .

Kau tak rasa bersalah kea buat orang macam tuh ? Kau tao tak kau buat cerita pasal orang , kau buruk-burukkan orang sama lah macam kau buat cerita pasal Allah , kau buruk-burukkan Allah . Semua cerita palsu kau tuh berkaitan dengan ciptaan Allah . Kau pernah terfikir tak fasal nih semua ? Oh , aku rasa tak . Kau sibuk fikir kepuasan hati kau tuh . Er , sengalnya kau manusia --" Cara kau bercerita tuh macam lah betulkan . Kau pun pernah sch agama macam aku . For sure kau tao , hukum orang menipu apa dia . Dah tak ingat dah ? Mehh , sini aku ingat kan .

Menipu itu dosa . Boleh masuk API NERAKA kalau tak minta maaf dengan orang terbabit .

Okay , kau takut tak sekarang bila nampak api neraka tuh ? Kalau kau tak takut jugak , thats mean kau tak pernah takut dengan Allah . Er ? Agaknya bilalah kau nak minta maaf dengan orang yang jadi mangsa cerita bukan-bukan kau tuh ? Tak adalah , manalah tao esok lusa tulat kea kau m___ . Ehem --" Aku bukan mendoakan tapi mengingatkan sahaja :) Kalau terasa , itu bukan masalah aku . Kay fine . Kau nak merajuk kea hape kea , itu kau punya pasal . Pergilah bertaubat weyy . Kita tak tao bila kita mati ;>

Buat adik-adik PMR
HAI , adik-adik . Kakak tao ramai yang tengah berjejes lagi air mata kegembiraan dan air mata kesedihan . Masih ada yang bersorak riang , masih ada yang meratapi kekecewaan . Apapun , kakak ucapkan tahniah kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang . Keep it up for SPM okay . Bagi yang kurang cemerlang , its okay . Teruskan berusaha . PMR bukan penentu masa depan adik-adik tapi SPM adalah penetunya yang sebenar . Dah , jangan meleleh air mata lagi yea . Benda dah berlaku . Adik-adik dah buat yang terbaik untuk ibubapa adik-adik . Walau macam mana pun , kakak tetap bangga dengan keputusan adik-adik yang cemerlang atau sebaliknya . Kakak akan mendoakan yang terbaik okay*kelip-kelip mata*

Lagu semangat untuk adik-adik PMR dan bakal adik-adik PMR



Labels:



Copyright ©.Layout by:Evangelista. Navigation thingy by Wanaseoby . All rights reserved.